24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023

Annuar mimpi dihalang selamatkan ‘rumah pusaka’ terbakar

Saya syak ada main switch (suiz utama) dah short circuit (alami litar pintas) atau wayarnya terputus.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Annuar Musa berkias kononnya beliau bermimpi ‘rumah pusaka’ yang didiami sedang terbakar namun dihalang daripada menyelamatkannya.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, dalam mimpi tersebut beliau beliau tidak pasti punca kebakaran rumah tersebut sama ada kemalangan atau disengajakan.

Namun menurutnya, ramai kalangan penghuni rumah tersebut telah keluar menyelamatkan diri di tengah-tengah kebakaran yang semakin marak.

“Malam Jumaat, saya bermimpi. Rumah pusaka saya diami terbakar. Saya syak ada main switch (suiz utama) dah short circuit (alami litar pintas) atau wayarnya terputus.

“Ramai penghuni rumah sudah lari meninggalkan rumah yang terbakar atau dibakar, wallahualam,” katanya.

Bagaimanapun, Annuar berkata, beliau cuba menyelamatkan rumah pusaka tersebut daripada terus terbakar sekali gus menghalang penghuni daripada meninggalkan rumah berkenaan.

Baca juga:   UMNO bangkit bukan kerana 'ubat mujarab' dibawa Pas

“Namun, dalam keadaan api yang terus marak, ada seseorang telah menahan daripada cuba menyelamatkan rumah pusaka berkenaan.

“Saya sayang rumah itu. Saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari.

“Ketika api masih marak, dan ramai yang terus lari meninggalkan rumah, tiba-tiba saya ditarik keluar dari api yang membakar. Kini saya hanya mampu melihat kebakaran dari luar,” kata Annuar menerusi Facebooknya.

Bekas menteri Kabinet itu dipercayai merujuk situasi dalam UMNO kini dan nasibnya yang dikatakan telah dipecat keahlian ekoran mengkritik pucuk pimpinan parti.

Baca juga:   Budak tanpa butiran diri ditemukan di loji Kajang

Beliau berkata, dalam mimpi tersebut beliau hanya mampu berdoa kepada Allah agar menyelamatkan rumah pusaka tersebut daripada terus rentung.

“Walaupun saya amat sayang rumah itu saya hanya mampu berdoa… ya Allah kepada-Mu aku berserah dan kepada-Mu jua aku meminta pertolongan.

“Kau selamatkanlah ‘rumah’ yang sedang terbakar itu. Amin ya Rabb,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan