29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Annuar hantar bantuan MN guna perahu kecil

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang juga Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Tumpat menggunakan perahu kecil.

Annuar berkata, pasukan MN ke lokasi berkenaan selepas Pasir Mas untuk membantu penduduk Kampong Kajang Sebidang yang masih ditenggelami air.

“Kali ini team (pasukan) MN terpaksa menggunakan perahu kecil untuk menghantar bantuan. Operasi tamat menjelang waktu maghrib tadi (semalam) alhamdulillah.

“Terima kaseh dari kami MN kepada semua yang membantu operasi hari ini,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Advertisements

Dalam hantaran terdahulu, Annuar menyatakan MN yang baharu sahaja berusia beberapa hari akan tetap turun dan membantu (mangsa banjir).

Annuar dilaporkan berkata, setakat ini, MN sudah menerima permohonan keahlian lebih 30,000 orang dan jumlah itu merupakan satu sambutan yang luar jangkaan.

Tambahnya, MN akan meneruskan agenda program kebajikan dan membuka keahlian bersekutu kepada semua NGO untuk bekerjasama dalam program kebajikan termasuk misi kemanusian.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan