24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Tanah runtuh: Operasi SAR ditamatkan 12 tengahari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) di tapak tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, ditamatkan secara rasmi pada jam 12 tengah hari ini.

Bagaimanapun, kerja-kerja melibatkan urusan teknikal masih dijalankan oleh jabatan dan agensi berkaitan di lokasi berkenaan.

Perkara itu diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata, setakat pagi ini, kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian masih dijalankan oleh pasukan SAR.

Katanya, pada jam 12 tengahari ini pos kawalan tempat kejadian akan ditutup bagi tujuan SAR.

“Sesuai dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dalam urusan pengurusan bencana sebagai komander kawalan pos tempat kejadian dan JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) sebagai timbalan komander dan komander mengetuai operasi SAR.

“Maka dengan ini kami bersetuju dan bermuafakat kerja-kerja SAR akan ditamatkan pada 12 tengah hari.

Baca juga:   Konsep kesihatan planet mampu bina semula ekonomi negara

“Manakala urusan teknikal akan diteruskan oleh jabatan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Jabatan Mineral dan Geologi Sains dan Majlis Daerah Hulu Selangor,”katanya pada sidang media di lokasi kejadian, memetik laporan Astro AWANI.

Hadir sama, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamad, Timbalan Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail dan Panglima 11 Briged Brigedier Jeneral Fazal Abdul Rahman.

Baca juga:   Tip pematuhan SOP elak kena Covid-19, kompaun

Menurut Acryl Sani, operasi SAR kejadian tanah runtuh Batang Kali boleh dijadikan rujukan dan contoh kepada kejadian bencana lain pada masa akan datang.

Operasi tersebut diaktifkan sejak 16 Disember lalu selepas pihak JBPM menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2 pagi.

Seramai 31 mangsa disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh berkenaan, sementara 61 individu selamat, daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat.

Mayat terakhir ditemukan pasukan SAR di sektor A pada pukul 4.53 petang semalam di dalam sebuah ‘sleeping bag’, pada kedalaman 1.5 meter.

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan