29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Aliran trafik arah utara sempena Krismas, perlahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama sempena cuti perayaan Krismas hari ini terutamanya arah utara perlahan namun masih terkawal.

Menerusi perkongsian di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, keadaan lalu lintas dari Lembah Klang menuju ke laluan utama lebuh raya bertol masih lancar.

Begitu juga di selatan, aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson masih seperti biasa termasuk di plaza tol.

Trafik secara keseluruhannya masih lancar di sepanjang laluan utama Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 termasuk lokasi sekitar plaza tol.

Bagaimanapun, trafik didapati bergerak perlahan di kilometer 367.1 arah Utara dari Slim River ke Sungkai susulan terdapat kemalangan namun, tiada lorong yang terhalang.

Setakat pukul 1 petang tadi, trafik juga perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Sungai Dua, Kuala Kangsar ke Changkat Jering, Persimpangan Slim River ke Sungkai dan Bidor ke Tapah.

Advertisements

Trafik turut perlahan (arah utara) selepas Plaza Tol Sungai Besi ke Kuala Lumpur, Kulai ke Sedenak.

Lain-lain, kemalangan berlaku di Kilometer (KM) 279.2 arah (selatan) Nilai – Bandar Ainsdale dan menyebabkan lorong kanan terhalang. Trafik perlahan 3.5 KM di lokasi.

LLM turut memaklumkan, trafik di utara Semenanjung iaitu di Lebuhraya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang (JPP) serta Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) turut lancar dan terkawal termasuk di lokasi berhampiran plaza.

Pada masa sama, LLM turut menasihati pengguna agar merancang perjalanan masing-masing dengan bijaksana serta memandu dengan cermat bagi memastikan mereka selamat sampai ke destinasi ditujui.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter https://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di https://twitter.com/llmtrafik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan