25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM harap mahasiswa UiTM sertai WUDC harumkan nama negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan mengharapkan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menyertai World Universities Debating Championship (WUDC) bermula Selasa ini di Madrid, Sepanyol dapat mengharumkan nama negara dalam pertandingan berkenaan.

Perdana Menteri Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan selamat maju jaya kepada kumpulan mahasiswa berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Perdana Menteri memaklumkan turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka bagi membantu pergerakan dan aktiviti sepanjang berada di Madrid.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi sebelum mereka berlepas semalam.

“Saya turut difahamkan mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

“Saya mendoakan mereka berjaya mengharumkan nama negara di bumi Sepanyol, Insya-Allah,” katanya.

Dalam hantaran itu, Anwar turut berkongsi foto peserta tersebut dengan turut kelihatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim yang bersama mengiringi pelajar yang berlepas dari lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

WUDC yang bermula pada Selasa ini sehingga 4 Januari depan akan berlangsung di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan