27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

PN akan jadi pembangkang berwibawa – Muhyiddin

Akan pikul tugas semak dan imbang bagi memastikan tadbir urus kerajaan sentiasa berintegriti serta bebas daripada unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ahli-ahli Parlimen parti itu akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, ahli-ahli Parlimen PN akan memikul tugas semak dan imbang bagi memastikan tadbir urus kerajaan sentiasa berintegriti serta bebas daripada unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Ini adalah selaras dengan prinsip prihatin, bersih dan stabil yang diperjuangkan oleh PN.

“Pada masa yang sama juga PN akan terus komited untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan hidup rakyat terjamin dan demokrasi terus subur di negara ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu bersama 73 lagi Ahli Parlimen PN mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Johari Abdul kerana dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Advertisements

“Terima kasih dan penghargaan juga kepada bekas Speaker Tan Sri Azhar Azizan yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau,” katanya.

Hari ini, seramai 222 Ahli Dewan Rakyat pada Isnin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai majlis berkenaan.

Ia kemudian diikuti oleh dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Seterusnya, Ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke diikuti Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Penggiliran majlis angkat sumpah itu dimulakan oleh Ahli-Ahli Parlimen kerajaan, didahului barisan menteri dan timbalan menteri diikuti Ahli Parlimen dari blok pembangkang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan