36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hamzah minta PM saman media gelarnya ‘full-blown homosexual’

Ia jelas adalah satu penghinaan kepada Anwar, dan harus mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman media Eropah yang telah menerbitkan artikel mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri dengan menggelarnya sebagai “homoseksual sepenuhnya” (full-blown homosexual).

Hamzah berkata, ia jelas adalah satu penghinaan kepada Perdana Menteri dan beliau harus mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Menurut Hamzah, Perdana Menteri wajib mengambil tindakan terhadap agensi luar dan jangan hanya mengambil tindakan terhadap mereka dalam negara sahaja serta jangan dilihat sebagai jaguh kampung semata-mata.

“Pada 24 November 2022, sebaik saja YAB Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, sebuah agensi berita dari Itali Agenzia Nova menerbitkan artikel yang bertajuk First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country.

“Laporan itu jelas menghina YAB Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tindakan tegas harus diambil. Kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa YAB Tambun sudahpun diberi pengampunan oleh Yang Di-Pertuan Agong,” katanya.

Hamzah berkata demikian sewaktu berucap membahaskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, pada hari pertama sidang Parlimen, hari ini.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) kemudiannya bangkit dan berkata berdasarkan prosedur Parlimen usul percaya sebenarnya tidak perlu dibahas.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu dibenarkan memandangkan kerajaan sedia ada mengamalkan demokrasi tetapi disalahgunakan oleh pembangkang.

“Jangan salah gunakan ruang diberikan kepada ketua pembangkang,” katanya.

“Kalau kita dengar ucapan tadi… satu tuduhan oleh sebuah surat khabar yang kita tak pernah dengar langsung.

“Ini satu perbuatan amat jahat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan