Thursday, July 23, 2026

Tunku Ismail ulangi penafian tuduh ‘UMNO sampah’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulangi penafian bahawa baginda ada mengeluarkan kenyataan yang menuduh UMNO sebagai parti yang ‘penuh dengan sampah’ (UMNO is full of garbage).

Menurut baginda, Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubungan penyebaran kenyataan palsu tersebut.

“Ini adalah satu kenyataan palsu disebarkan secara berterusan pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial,” titah baginda menerusi Facebook HRH Crown Prince hari ini.

Tunku Ismail bertitah, semua kenyataan atau laporan berita berkaitan baginda ataupun keluarga Diraja Johor hanya akan dikeluarkan Royal Press Office atau laman sosial rasmi baginda sahaja.

Kenyataan palsu itu dipercayai disebarkan semula oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ketika parti-parti politik sedang hangat berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

– Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan