24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PN janji bela nasib rakyat, B40 jika diberi mandat PRU-15

Nasib kumpulan B40 dan anak-anak muda yang tidak ada pekerjaan adalah antara yang akan diberikan perhatian utama.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) berjanji akan melaksanakan agenda penting membela nasib rakyat sebagai agenda pertama sekiranya mereka diberi mandat sekali lagi pada 19 November ini

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nasib kumpulan B40 dan anak-anak muda yang tidak ada pekerjaan adalah antara yang akan diberikan perhatian utama.

“Bagi saya dan pimpinan PN, soal mengurus kehidupan rakyat sama penting dengan soal menyelamatkan nyawa rakyat (lives and livelihoods).

“Ingin saya ingatkan bahawa “krisis” belum berakhir. Krisis pada 19 November ini adalah untuk membuat keputusan yang kritikal mengenai parti yang akan menerajui negara.

“Justeru pilihlah kerajaan yang prihatin dan peduli rakyat. Siapa yang saudara-saudari akan pilih? Sudah tentulah parti PN,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan sempena program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional (PN) serta bersua muka dengan warga Parlimen Sepang.

Advertisements

“Syukur ke hadrat Allah SWT dengan sambutan meriah ribuan penduduk yang saya pasti adalah penyokong perjuangan dan wawasan PN untuk mewujudkan Kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil (#PNBest).

“Saya percaya mereka datang kerana ingin mendengar sendiri tawaran PN jika kita berjaya membentuk Kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, beliau meluahkan harapan agar jentera parti di Parlimen Sepang akan memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada calon PN iaitu Datuk Seri Rina Harun selaku Ketua Wanita PN.

“Penting untuk setiap pengundi terutama golongan anak muda yang baru pertama kali mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dalam PRU-15, untuk membuat keputusan yang betul memilih kerajaan yang berintegriti.

“Ini pilihan raya paling penting dalam sejarah dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kemenangan menjadi milik PN,” ujarnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan