Wednesday, July 22, 2026

Gaji, pencen penjawat awam dibayar tengah bulan ini

Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pengecualian AP 105 bagi membolehkan pengeluaran gaji dan pencen diawalkan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENJAWAT awam dan pesara kerajaan bakal menerima bayaran gaji serta pencen bagi bulan November lebih awal iaitu masing-masing pada 14 dan 17 November ini berbanding pada 25 hari bulan pada kebiasaannya.

Menerusi surat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 7 November lalu, Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pengecualian AP 105 bagi membolehkan pengeluaran gaji dan pencen diawalkan.

“Permohonan pengecualian AP 105 telah diluluskan supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara kerajaan bagi November tahun 2022 dapat dilaksanakan.

“Bayaran pencen kepada penjawat awam akan dibuat pada 14 November (Isnin) manakala bayaran emolumen kepada penjawat awam pula pada 17 November ini (Khamis),” kongsi surat berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan pemberian cuti khas serta bayaran gaji awal sebagai inisiatif kerajaan bagi membolehkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan