26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Mayat kru bot hanyut dijumpai terapung di Pulau Jerejak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang lelaki ditemukan terapung berhampiran sangkar ikan Pulau Jerejak, Pulau Pinang pada sekitar jam 8.10 pagi tadi.

Terdahulu, Pusat Operasi (PUSOP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menerima panggilan daripada komuniti nelayan mengenai penemuan terbabit.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi dengan bantuan nelayan tempatan yang berada di lokasi tersebut.

“Semalam, Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) berikutan menerima maklumat sebuah bot dijumpai terapung tanpa kru di perairan sangkar ikan Batu Maung kira-kira jam 9.00 pagi semalam.

“Mangsa yang ditemui dikenalpasti sebagai V. Muraley, 54, beralamat di Taman Merak Jaya, Simpang Empat Pulau Pinang hasil pengesahan identiti mayat oleh ahli keluarga mangsa.

Baca juga:   Tun Salleh Abas meninggal dunia

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan disanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak Polis Batu Maung untuk dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk proses bedah siasat serta siasatan lanjut, “katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, pencarian seorang lagi mangsa masih diteruskan oleh agensi yang terlibat termasuk mendapat bantuan daripada beberapa buah bot komuniti nelayan setempat.

Katanya, Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat perlakuan jenayah daripada komuniti maritim serta kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999. – Edisi 9

Baca juga:   Jangan sampai UMNO dituduh ‘menangguk di air keruh’

Wartawan

Terkini

Safawi ke Ratchaburi FC – JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan perpindahan Safawi Rasid ke Liga Thailand secara pinjaman. Berita berkenaan diumumkan dalam kenyataan yang...

Lagi Artikel Berkaitan