28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Warga pendidik di Padang Besar diseru buat keputusan bijak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WARGA pendidik di Padang Besar, Perlis diseru supaya dapat membuat keputusan bijak demi masa depan negara yang lebih stabil dan makmur pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Ini kerana, kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Besar Datuk Zahida Zarik Khan, guru banyak berjasa kepada anak bangsa dan percaya mereka juga mahu melihat anak didiknya hidup dalam negara yang makmur dan stabil.

“Cikgu, 19 haribulan ini adalah penentu masa hadapan yang akan ditempuhi oleh anak dan adik kita. PRU15 ini merupakan penentuan bagi tempoh lima tahun mendatang.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti dan jasa cikgu melahirkan modal insan cemerlang untuk negara dan membantu masyarakat kita keluar daripada kitaran kemiskinan melalui pendidikan.

“Saya juga ucapkan selamat mengundi kepada cikgu semua,” katanya menerusi rakaman video khusus untuk warga pendidik di Padang Besar, hari ini, memetik laporan Malaysia Gazette.

Ketua Puteri UMNO Malaysia itu turut mengajak warga pendidik untuk bersamanya menyokong usaha memulihkan kembali negara dari kekacauan politik, ketidakstabilan dan ketiadaan hala tuju yang jelas buat negara.

Advertisements

Katanya, BN akan terus berusaha meningkatkan mutu dan tahap pendidikan negara.

“Malah, kita boleh lihat dalam Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) iaitu tawaran BN yang salah satu teras diberikan perhatian adalah pendidikan.

“Semua inisiatif dicadangkan adalah supaya negara kita akan terus membangun dengan hasil modal insan berkualiti

“Sama-sama kita kembalikan negara kita pada landasan yang betul, hala tuju yang jelas dan kestabilan yang membawa kemakmuran,” katanya.

Zahida akan berdepan lima penjuru pada PRU15 Sabtu ini iaitu penyandang kerusi Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding atas tiket bebas; Datuk Rushdan Rusmi (PN-Pas), Mohamad saad@Yahya (PH-Amanah) dan Ko Chu Liang (Warisan).

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan