28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lebih 7 penjuru: 12 kawasan guna peti undi tambahan

Mesti Baca

DUA belas kawasan masing-masing 10 kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menggunakan satu peti undi tambahan di setiap saluran berikutan saiz peti undi sedia ada tidak dapat menampung jumlah kertas undi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kawasan-kawasan yang akan melaksanakan peti undi tambahan itu membabitkan pertandingan tujuh penjuru atau lebih.

Beliau berkata, 10 kawasan Parlimen terbabit ialah Alor Setar, Sungai Siput, Ampang, Bangi, Sungai Buloh, Kapar, Klang, Kota Raja, Sepang dan Batu.

Manakala dua kawasan DUN ialah Chendering di Perak dan Bugaya di Sabah.

“Penambahan satu peti undi ini di setiap saluran adalah perlu setelah mengambil kira saiz kertas undi yang disediakan adalah lebih besar dan memerlukan ruang yang mencukupi untuk memuatkan semua kertas undi yang telah ditanda oleh pengundi pada hari mengundi kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertembungan tujuh penjuru membabitkan Parlimen Alor Setar, Sungai Siput, Kapar dan Klang manakala Bangi, Kota Raja dan Sepang (lapan penjuru) manakala Ampang dan Batu masing-masing sembilan dan 10 penjuru.

SPR menetapkan Sabtu, 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU-15 yang membabitkan seluruh negara serta kerusi DUN bagi tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang.

Pada hari yang sama dilangsungkan Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya di Sabah yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Manis Muka Mohd Darah pada 17 November 2020. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan