27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kapal tangki ditahan bersauh tanpa kebenaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki di perairan Johor Timur.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kapal tangki berdaftar dari Tanzania ditahan jam 11.40 pagi di kedudukan 9.1 batu nautika tenggara Tanjung Penawar pagi semalam.

“Penahanan itu setelah didapati gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh ketika diperiksa.

“Kapal yang dikendalikan 12 kru lelaki termasuk nakhoda warga Indonesia dan Myanmar berusia 24 hingga 62 tahun itu memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Sehubungan dengan itu, kapal berkenaan telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran / kelulusan Ketua Pengarah Laut Malaysia.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100, 000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, “katanya.

Ujar beliau, penahanan ini menjadikan jumlah kapal dagang yang telah ditahan pada tahun ini sebanyak 54 buah atas kesalahan. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan