31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

239 mangsa banjir dipindahkan di Kedah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 239 mangsa banjir membabitkan 61 keluarga dari dua daerah di Kedah, ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata lima PPS dibuka di daerah Kulim dan sebuah lagi di daerah Bandar Baharu, setakat jam 8 pagi tadi.

Beliau berkata, seramai 231 mangsa banjir (59 keluarga) berlindung di lima PPS yang dibuka di sekitar Kulim sepanjang tempoh jam 8.30 malam hingga 3.40 pagi tadi.

“Daripada jumlah itu, 93 mangsa banjir (25 keluarga) ditempatkan di PPS Surau Taman Sang Kancil; 91 (21 keluarga) di PPS Masjid Sungai Seluang; 27 (lapan keluarga) di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Limau; 14 (empat keluarga) di PPS SK Permatang Tok Dik; dan enam (sebuah keluarga) di PPS Dewan Penghulu Paya Tok Betok.

“Kawasan dinaiki air ialah Kampung Sungai Seluang di Mukim Sungai Seluang, Taman Sang Kancil di Mukim Lunas, Kampung Paya Tok Betok di Mukim Sungai Ular, dan Kampung Bukit Sarang Ayam di Mukim Padang Cina,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Suhaimi berkata, di daerah Bandar Baharu pula, lapan mangsa banjir (dua keluarga) ditempatkan di PPS Surau Batu 18 yang dibuka kira-kira jam 11 malam tadi.

Katanya, hujan lebat selama lebih dua jam bermula kira-kira jam 6 petang semalam menyebabkan air sungai melimpah dan berlaku banjir di dua daerah terbabit.

“Penduduk yang tinggal berhampiran sungai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berpindah sekiranya air semakin meningkat,” katanya.

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan