31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Gelombang PN diharap makin besar – Muhyiddin

Mudah-mudahan gelombang tersebut mampu menghanyutkan segala sampah-sarap amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi harapan supaya gelombang parti gabungan itu akan terus bertambah di seluruh negara menjelang hari pengundian 19 November ini.

Muhyiddin berkata mudah-mudahan gelombang tersebut mampu menghanyutkan segala sampah-sarap amalan rasuah dan salah guna kuasa, agar PN dapat membentuk kerajaan yang berintegriti.

“Rasuah ini barah dalam masyarakat. Jangan biarkan amalan rasuah berleluasa. Sebab itu calon-calon berikrar dengan nama Allah untuk menentang rasuah.

“Moga misi dan visi kita untuk membentuk kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil (#PNBEST) tercapai,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan sempena Jelajah PN BEST di Ibu Pejabat Bersatu Bahagian Arau di Taman Jelempok Jaya, Kaki Bukit.

Dalam jelajah berkenaan, konvoi anak muda bermotosikal mengiringi Muhyiddin bermula dari Hotel Seri Malaysia.

“Semalam saya pergi ke beberapa kawasan di Perlis dan melihat sendiri gelombang luar biasa sokongan rakyat ini terhadap Perikatan Nasional (PN). Alhamdulillah.

Baca juga:   Nazri Aziz buat kejutan kembali sokong Muhyiddin

“Di situ saya lihat kesungguhan jentera parti kita menyokong calon PN bagi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Alhamdulillah, beliau kini bersama-sama kita dalam misi untuk menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),  sekaligus mendapat mandat rakyat bagi membentuk kerajaan yang stabil,” katanya.

Malah menurut beliau, semangat rakyat Perlis juga dapat dirasai ketika beliau meninjau Bilik Gerakan PN di Titi Tinggi.

Baca juga:   UMNO minta Ahli Parlimen keluar PN sebelum 1 Ogos?

“Sebelah malamnya pula saya cukup terharu menyaksikan sambutan luar biasa ribuan penduduk negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis ke tapak ceramah PN di Taman Bukit Kubu,” kongsinya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Muhyiddin belanja wang KWSP untuk rakyat – Anwar

PERBELANJAAN kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk rakyat sebahagian besarnya diambil daripada Kumpulan Wang Simpanan...

Lagi Artikel Berkaitan