Wednesday, July 22, 2026

4 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilapor dalam insiden itu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat ribut di beberapa kawasan di Jalan Pandan Jaya 2/3 dan Persiaran Pandan di Ampang, Selangor, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kejadian ini berlaku antara pukul 3 petang hingga 3.30 petang serta menyebabkan Proton Waja, Nissan Vennete dan dua motosikal rosak.

“Pihak bomba berjaya mengalihkan dahan dan pokok tumbang yang menghempap kenderaan pada pukul 3.40 petang,” katanya hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilapor dalam insiden itu.

“Kerja pembersihan dan pengalihan masih berjalan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan