26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

BN, PH bentuk kerajaan di Pahang, Wan Rosdy kekal MB

Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan pada pukul 11 pagi esok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan membentuk Kerajaan Perpaduan di Pahang manakala Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pula kekal sebagai Menteri Besar.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah perkenan dengan penubuhan kerajaan oleh kedua-dua parti tersebut.

Beliau berkata, majlis pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar akan dilangsungkan di Istana Abu Bakar, Pekan esok, 28 November pukul 11 pagi.

Sebelum itu, Tengku Hassanal berkenan menerima mengadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pimpinan parti-parti politik yang terlibat susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

“Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements
WAN ROSDY WAN ISMAIL

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berjaya mempertahankan kerusi yang disandang dengan majoriti 6,983 undi mengatasi Dr Abdul Rasid dari Perikatan Nasional (PN) dan Ismail Mohd Hussin (PH).

Bagaimanapun, BN gagal kerajaan negeria hanya memenangi 16 kerusi berbanding PN sebanyak 17 kerusi manakala lapan kerusi lagi dikuasai oleh PH.

Satu kerusi iaitu DUN Tioman ditangguhkan ekoran kematian salah seorang calonnya ketika kempen PRU-15 sedang berlangsung.

Ekoran itu DUN Pahang telah tergantung dan BN serta PH negeri telah sepakat untuk membentuk kerajaan secara bersama.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan