29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pasang Jalur Gemilang terbalik, lelaki Bangla ditangkap

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA masih terus berdegil untuk menurunkan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sebuah pangsapuri di Klang, Selangor, seorang lelaki warga Bangladesh ditangkap polis semalam.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan hasil laporan penduduk mengenai isu tular berkenaan, kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, laporan itu melibatkan seorang penghuni yang bertindak memasang bendera secara terbalik di luar kediamannya.

“Pengerusi komuniti penduduk cuba menasihati namun individu itu melawan dan melakukan provokasi enggan membetulkan bendera tersebut.

“Justeru, satu laporan polis dibuat pengerusi itu bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Vijaya Rao lagi, hasil maklumat membawa kepada penahanan suspek yang juga operator pengeluaran sebuah kilang di daerah ini.

“Lelaki Bangladesh itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya.

Dalam pada itu Vijaya Rao memberi peringatan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati kedaulatan dan keamanan negara ini. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan