28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bekalan telur ayam akan bertambah dalam masa singkat – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKALAN telur ayam yang terputus sejak beberapa minggu lalu dipastikan akan bertambah dalam masa yang singkat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, ini ekoran langkah pihak industri yang berusaha menyediakan bekalan telur ayam di pasaran.

“Saya ucap terima kasih kerana nampaknya industri telah menyediakan telur ayam di pasaran dengan mencukupi.

“Menurut penerangan, hal ini (telur ayam) akan bertambah dalam masa yang singkat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di Putrajaya hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalu FAMA agar mengambil langkah agar harga pengeluar telur ayam tidak terlalu rendah berbanding harga di pasaran.

Dalam pada itu, ketika ditanya terhadap keperluan membentuk jawatankuasa khas menangani kos sara hidup, Anwar menegaskan apa yang lebih diutamakan ialah cadangan yang efektif dan boleh diimplimentasikan.

“Sebab tu saya panggil semua jentera Kerajaan terlibat secara menyeluruh (membincangkan isu kos sara hidup),” katanya.

Sementara itu, Anwar yang memulakan tugas sebagai Perdana Menteri sejak Jumaat berterima kasih kepada Mohd Zuki dan Nor Shamsiah serta ketua-ketua pengarah kementerian yang sedia menghadiri mesyuarat tersebut walaupun diadakan pada hujung minggu.

“Saya nak zahirkan kebanggaan sikap penjawat awam yang sering kali tidak dihargai masyarakat tentang kesungguhan mereka membantu.

“Mereka datang dengan notis yang singkat dengan segala data keadaan semasa dan langkah yang diambil NACCOL. Kertas kerja dibentangkan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan