34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Menang di Bera, pastikan BN bentuk kerajaan Pusat

Mood pengundi Cina yang ditunjukkan kebelakangan ini juga luar biasa dan berharap diterjemahkan dengan menyokong BN.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memastikan Barisan Nasional (BN) mampu untuk membentuk kerajaan Pusat yang menjadi fokus utama parti itu dalam menawan kembali Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Ismail Sabri berkata, tidak guna beliau menang di Bera tetapi tidak boleh bentuk kerajaan.

“Tak kan nak jadi pembangkang lagi…yang penting menang dan rakyat bersama kita.

“Mood pengundi Cina yang ditunjukkan kebelakangan ini juga luar biasa dan berharap diterjemahkan dengan menyokong BN,”katanya selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, hari ini.

Ismail Sabri Yaakob berdepan saingan tiga penjuru di Bera PRU15 kali ini.

Beiau akan ditentang calon Perikatan Nasional Datuk Asmawi Harun dan calon PH Abas Awang.

Mengulas lanjut, Naib Presiden UMNO itu berkata, tidak ada lagi istilah menang mudah atau rasa selesa kerana setiap calon parti yang bertanding ada kekuatan masing-masing.

Bagaimanapun, beliau dan BN mempunyai keyakinan boleh mendominasi kerusi di Parlimen apatah lagi dengan solidariti mereka yang tidak dicalonkan tetapi masih terus bersama parti termasuk membantu calon baharu menggantikan mereka.

“Saya tahu ada yang kecewa dan tidak puashati. Mereka tidak boleh salahkan sesiapa dan yang bertanding tujuannya adalah memastikan BN menang.

“Sebab itu mereka bertanding atas lambang parti. Seperti di Bera bukan Ismail Sabri bertanding tetapi BN” ujarnya.

Menurutnya, beliau memahami perasaan rakan-rakan yang tidak dicalonkan tetapi gembira melihat mereka kembali untuk pastikan BN menang.

Dalam pada itu itu, Ismail Sabri menegaskan bahawa beliau masih ‘poster boy’ bagi mengekalkan jawatan Perdana Menteri kerana tidak ada sebarang keputusan membatalkan apa diputuskan Majlis Tertinggi UMNO dan 156 Bahagian UMNO dalam perhimpunan baru-baru ini meluluskan usul memilihnya berhubung calon Perdana Menteri tersebut.

Sementara itu, beliau turut menasihati semua parti yang bertanding bersikap matang berpolitik dengan mengelak provoksi dan ketegangan sepanjang tempoh berkempen. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan