31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Banglo ditimpa tanah runtuh, tiga beranak terselamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA beranak berdepan detik cemas apabila rumah banglo didiami mereka di Taman Halaman, Ampang Jaya, Selangor ditimpa tanah runtuh dalam kejadian awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, tiga beranak yang terselamat tanpa sebarang kecederaan itu terdiri pasangan suami isteri masing-masing berusia 39 tahun dan anak lelaki mereka berusia 11 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 2.26 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang telah dikejarkan ke lokasi.

“Setiba dilokasi kejadian, pemeriksaan mendapati tanah runtuh berlaku di bahagian belakang banglo lima tingkat, dengan tanah dan batuan dari kawasan cerun menimpa dan merobohkan dinding dapur rumah mangsa di tingkat satu serta bilik tidur di tingkat dua.

“Anggaran luas runtuhan tanah di bahagian belakang rumah mangsa dianggarkan 35 kaki kali 20 kaki persegi.

Biik tidur yang turut terjejas dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi.

“Anggota bomba kemudiannya terus melakukan pemeriksaan menyeluruh di tempat kejadian, termasuk memeriksa pergerakan tanah sebelum memasang sawar-sawar di kawasan tanah yang runtuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi kemudian dilakukan petugas Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk tindakan seterusnya. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan