23.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Annuar Musa ‘turun padang’ bantu calon BN Padang Serai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa tidak melepaskan peluang ‘turun padang’ membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Bahagian Parlimen Padang Serai, Kedah yang bermula hari ini.

Beliau berkata, usaha perlu diberikan dalam membantu calon BN bertanding di kawasan berkenaan yang juga kubu kuat PKR dan Pakatan Harapan (PH).

“Insya-Allah Jumaat ini saya dan kawan-kawan akan turun berkampung di Padang Serai membantu calon BN.

“Kita turun padang walau seberat mana sekalipun bertanding di kubu kuat PH/PKR ini.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, beliau turut menyeru agar urusan pembentukan kerajaan pasca PRU-15 membabitkan 30 Ahli Parlimen BN kepada parti untuk membuat ketetapan yang sewajarnya.

“Kita serahkan urusan 30 ahli parlimen BN kepada parti utk membuat ketetapan yang sewajarnya,” katanya.

Baca juga:   Individu tandatangan SD lain, tidak sah

Proses penamaan calon bagi PRU-15 Bahagian Parlimen Padang Serai diadakan semula hari ini selepas proses pengundian yang sepatutnya diadakan 19 November lalu ditangguhkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR turut menetapkan proses sama diadakan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hari ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pertahan kerajaan Anwar, Asyraf Wajdi dituduh membodek

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dituduh 'membodek' apabila terus mempertahankan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau...

Lagi Artikel Berkaitan