36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PRU15 tetap diteruskan seperti biasa – Ismail Sabri

Mengadakan pilihan raya berasingan akan menyusahkan rakyat yang terpaksa keluar mengundi dua kali dan melibatkan perbelanjaan tinggi untuk SPR.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) akan tetap diteruskan meskipun terdapat beberapa negeri yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua negeri berhak untuk membubarkan DUN masing-masing pada bila-bila masa.

“(Bagaimanapun), saya mencadangkan dan mengesyorkan jika boleh diadakan secara bersama (pembubaran Parlimen dan DUN) tetapi keputusan telah dibuat oleh enam negeri.

“Jadi pilihan raya (PRU15) akan diteruskan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 di Jasin, Melaka.

Pada Khamis, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan untuk mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ismail Sabri berkata, mengadakan pilihan raya berasingan akan menyusahkan rakyat yang terpaksa keluar mengundi dua kali dan melibatkan perbelanjaan tinggi untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulas mengenai keputusan PAS untuk memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN), Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, UMNO telah menjangkakan perkara tersebut lebih awal.

Justeru itu, beliau berkata, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah membuat beberapa kenyataan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersedia bergerak solo pada PRU15.

Bagaimanapun, katanya beliau menghormati keputusan mana-mana parti dan menyifatkan tindakan PAS sebagai hak parti berkenaan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam memutuskan untuk memperkukuh kerjasama dalam PN bagi menghadapi PRU15 dan ia dibuat atas prinsip penyatuan ummah. – BERNAMA

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan