Wednesday, July 22, 2026

Jangan jadikan Deepavali bahan kempen PRU-15 – Ahmad Zahid

Beliau turut menasihatkan agar rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan pembangkang kononnya pelaksanaan PRU-15 tidak menghormati sentimen serta kepentingan masyarakat India.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan pembangkang menjadikan sambutan Deepavali sebagai bahan kempen politik adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Ahmad Zahid berkata, ini kerana perayaan itu seharusnya menyatukan rakyat dan bukan untuk memecahbelahkan semangat perpaduan serta persaudaraan dalam kalangan masyarakat.

“Perayaan Deepavali tahun ini akan menjadi perayaan sangat bererti kepada penganut agama Hindu di Malaysia apabila sebuah kerajaan dominan dapat dibentuk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil pasti menjadi hadiah amat bermakna sempena Deepavali selepas beberapa tahun negara berdepan ketidakstabilan politik dan ekonomi,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau turut menasihatkan agar rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan pembangkang kononnya pelaksanaan PRU-15 tidak menghormati sentimen serta kepentingan masyarakat India.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mendakwa PRU-15 dijangka diadakan lebih awal disifatkan tidak menghormati sambutan Deepavali yang akan disambut tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, perayaan Deepavali itu sendiri adalah cahaya yang membawa maksud semangat kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman, keresahan mengatasi kebahagiaan dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

“Pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil akan menjamin kecekapan, keberkesanan dan kemampuan pentadbiran negara dalam membantu segenap lapisan masyarakat termasuk India.

“Ia sekali gus membawa Malaysia keluar daripada kekusutan politik yang tidak berkesudahan sejak PRU-14 berakhir pada 9 Mei 2018,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan