24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Asyraf Wajdi kongsi gambar pertemuan pemimpin UMNO dan PAS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi gambar pertemuan antara Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dan PAS pada Rabu lalu, sehari sebelum PAS membuat keputusan kekal bersama BERSATU-Perikatan Nasional (PN) semalam.

Dalam kenyataan menerusi Facebook, Asyraf mendakwa pertemuan itu adalah ikhtiar terakhir UMNO untuk berlapang dada menerima PAS bagi menyelamatkan Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan bersama sewaktu 22 bulan bersama-sama menjadi pembangkang, bagi menoktahkan permusuhan politik puluhan tahun hingga menjejaskan persaudaraan sesama Islam.

“UMNO sudah cukup berjiwa besar untuk menerima kembali PAS, walaupun dikhianati apabila PAS bersetuju mendaftarkan PN bersama BERSATU sedangkan penafian dibuat beberapa kali dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional.

Bagi UMNO, perundingan untuk kembali mengukuhkan MN kali ini lebih besar daripada sekadar perkiraan untung rugi kerusi-kerusi yang bakal dikongsi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Semalam, mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat memutuskan parti itu memilih PN sebagai sekutu menghadapi PRU15.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

Dengan perkembangan itu, bermakna PAS menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjalin kerjasama pada PRU15.

Advertisements

Menurut Asyraf Wajdi, sebagai sebuah parti perjuangan, UMNO tidak akan pernah patah semangat walaupun ‘madu dibalas tuba’.

“Perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air adalah landasan yang akan diperluaskan kerana UMNO yakin rekod perjalanan yang panjang telah banyak menyaksikan, kerjasama atas sifat berkepentingan bukannya keikhlasan semata-mata, hanya menatijahkan pengkhianatan dan kerosakan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan sebagaimana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dulu, UMNO menawarkan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menang kepada PAS untuk ditandingi walaupun BERSATU menjanjikan 11 kerusi kepada PAS.

“Begitu juga pada pertemuan kali ini, PAS menegaskan bahawa jika bersama PN, BERSATU menjanjikan 47 kerusi boleh menang kepada PAS.

“Apa-apapun Allah menjadi saksi bahawa usaha semaksimumnya sudah dilakukan bagi menyelamatkan agenda penyatuan ummah terutama permuafakatan UMNO-PAS, demi memastikan umat Islam terutamanya jutaan ahli kedua-dua parti induk umat Islam-Melayu ini dapat dipertautkan kembali.

“Mungkin ada hikmah yang Allah rahsiakan kepada kita semua di sebalik episod ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan