31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

JAS Johor serbu kilang logam, cemari udara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Alam Sekitar (JAS) Johor melakukan serbuan ke atas sebuah kilang penyaduran logam di Pasir Gudang, Johor kerana disyaki melakukan pencemaran udara.

Kilang tersebut didapati mempunyai alat kawalan udara dan efluen yang tidak berfungsi dan gagal bero­perasi dengan baik.

JAS Johor dalam satu ke­nyataan berkata, sehubungan dengan itu, tindakan penahanan operasi kelengkapan (POK) dikenakan mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melakukan pelepasan pencemaran ketara.

Kata kenyataan itu, pihaknya menerima laporan sebelum mengarahkan seramai 10 anggota penguat kuasa dari Pasir Gudang ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

“Pemeriksaan selama 15 jam bermula pukul 10 pagi di premis mendapati alat kawalan udara dan efluen di premis berkenaan tidak berfungsi dan gagal beroperasi dengan baik,” katanya, lapor Kosmo Online.

Menurut kenyataan itu, terdapat kawasan untuk memproses pengeluaran beroperasi tanpa alat kawalan selain bahan ­bu­angan terjadual tidak diuruskan dengan betul.

Baca juga:   CEO GLC, GLIC, ahli-ahli badan kehakiman kena isytihar harta

Tambahnya, kesalahan itu dilakukan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeli­ling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“Tindakan POK diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku dan premis diarahkan untuk membaik pulih keadaan premis dan meningkatkan keberkesanan operasi peralatan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, persampelan efluen dan bahan buangan terjadual dari premis itu juga telah dijalankan untuk tindakan penguatkuasaan selanjutnya.

Baca juga:   Dua pos kawalan imigresen bantu penduduk di Pangalungan, Bario

“Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar,” katanya.

Wartawan

Terkini

Menteri… ini bukan masa bulan madu, rakyat sedang menunggu

SUDAH empat hari menteri-menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan memasuki pejabat sejak Isnin lalu, selepas selesai mengangkat sumpah jawatan pada...

Lagi Artikel Berkaitan