24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Projek solar terapung LRA Jus Fasa 2 ke arah capai negara sifar karbon

Pelaksanaan projek ini amat penting sejajar dengan perkembangan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKSANAAN projek tenaga solar terapung di Loji Rawatan Air Jus Fasa 2 di Empangan Jus di daerah Jasin, selari dengan hala tuju kerajaan ke arah mencapai negara sifar karbon (NZC) menjelang 2050.

Susulan itu, Perdana Menteri, berkata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan menyokong usaha Kerajaan Melaka menerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) meneruskan pelaksanaan panel solar terapung kerana inisiatif bagi projek tenaga boleh diperbaharui itu juga dilihat dapat memacu perkembangan teknologi yang baik bagi negeri ini.

Beliau berkata, sejumlah RM40 juta diluluskan kerajaan bagi pembinaan loji itu sebagai satu inisiatif SAMB membantu kerajaan negeri dan rakyat Melaka yang sebelum ini berdepan kemarau sehingga terpaksa mencatu bekalan air pada Januari hingga Mac 2020.

“Loji ini beroperasi menggunakan bekalan air mentah dari Tasik Biru yang merupakan bekas lombong yang tidak lagi digunakan.

“Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM350 juta melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Melaka bertempat di Tasik Biru ini bagi menambah
sumber bekalan air mentah di seluruh negeri ini.

“Sebagai penyelesaian jangka panjang, Kerajaan Pusat turut meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12), bagi kerja- kerja penyaluran air mentah dari TAPS Melaka ke Empangan Jus di daerah Jasin yang dijangka siap pada tahun 2028,”katanya berucap merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chinchin, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri berkata, Kerajaan Pusat sedang melaksanakan projek pembinaan TAPS Jernih di daerah Alor Gajah dengan peruntukan sebanyak RM234.7 juta dan dijangka siap pada tahun 2026.

“Projek pembinaan TAPS di Melaka ini bagi menyelesaikan isu sumber air mentah yang terhad dengan meneroka sumber air mentah baharu yang terdapat di negeri ini.

“Langkah ini bertujuan mengurangkan kebergantungan Melaka terhadap bekalan air mentah dari negeri-negeri lain seperti Johor dan Negeri Sembilan.

Advertisements

“Selain pembinaan TAPS, peruntukan sebanyak RM600 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia bagi projek pembinaan Kolam Dwi-Fungsi di Krubong, Melaka.

“Ini merupakan projek menaik taraf Kolam Tebatan Banjir sedia ada kepada kolam dwi-fungsi bagi menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan hilir Sungai Melaka selain berfungsi sebagai kolam simpanan
bekalan air mentah sebelum disalurkan ke Empangan Durian Tunggal, “katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat sentiasa menyokong usaha Kerajaan Negeri Melaka dalam menjalankan projek dan kajian bagi meningkatkan sumber air mentah negeri.

“Ini termasuklah kajian kebolehlaksanaan projek Penyaluran Air Sungai Muar Fasa 3 bagi menampung keperluan Keluarga Malaysia Melaka yang kian meningkat.

“Pelaksanaan projek ini amat penting sejajar dengan perkembangan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama negara yang menjamin penjanaan pendapatan dan
perkembangan ekonomi secara berterusan.

“Saya difahamkan Kerajaan Melaka melalui SAMB telah meluluskan satu kajian berkaitan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy).

“Ia akan mengkaji kebolehlaksanaan pemasangan panel solar terapung atas permukaan air (Floating Solar) dengan kapasiti 150 Megawatt di Empangan Durian Tunggal bagi menjana bekalan elektrik kepada operasi
SAMB.

Katanya lagi, Kerajaan Pusat turut menyokong usaha SAMB untuk meneruskan pelaksanaan panel solar terapung di Loji Rawatan Air Jus Fasa 2 di Empangan Jus, Daerah Jasin jika usaha di Empangan Durian Tunggal tersebut berjaya dilaksanakan.

“Selain itu, inisiatif bagi projek Renewable Energy yang dirangka oleh SAMB juga dilihat dapat memacu perkembangan teknologi yang baik bagi negeri Melaka ini.

“Selain memastikan kecukupan bekalan air terawat untuk Keluarga Malaysia Melaka, projek ini mampu meningkatkan nama Melaka sebagai negeri yang maju selain mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan