34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bekas pengurus bank diperintah periksa psikiatri sebelum didakwa

Permohonan itu dilakukan mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bekas pengurus bank diperintah menjalani pemeriksaan psikiatri oleh Mahkamah Majistret Klang, Selangor, hari ini.

Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam tertuduh lelaki berusia 59 tahun itu atas pertuduhan menyalahgunakan harta dengan curang

Terdahulu, peguam Dennis Micheal Pereira memohon kebenaran mahkamah bagi anak guamnya menjalani pemeriksaan di hospital psikiatri.

“Berdasarkan apa yang diperoleh, anak guam kami itu memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental.

“Berikutan itu, tidak boleh sebarang pengakuan direkodkan dan perlu mendapat pengesahan daripada hospital psikiatri terlebih dahulu,” katanya.

Menurutnya, permohonan itu dilakukan mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya Nur’ain Madihah Zulkilfi yang mengendalikan kes tidak mempunyai bantahan mengenai permohonan pembelaan itu.

Amirul Asyraf kemudian menetapkan 6 Disember depan bagi sebutan pendakwaan ke atas tertuduh.

Lelaki itu sepatutnya dihadapkan ke dua mahkamah berasingan hari ini atas empat pertuduhan melibatkan kerugian mencecah RM164,000 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaaan.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan