31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemuda UMNO selar tindakan tular gambar banjir 2014

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO selar tindakan sesetengah pihak cuba tularkan gambar banjir besar yang berlaku pada 2014, dengan niat hanya untuk menyemai kebencian rakyat.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sepatutnya lebih molek kita berdoa agar Allah S. W. T melindungi rakyat semua daripada musibah banjir.

“Jika ditakdirkan musibah melanda sekalipun (wana’uzubillah), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa di bawah peruntukan Perlembagaan dan Akta untuk menangguhkan proses pengundian di kawasan-kawasan yang terlibat.

“Malah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh sahaja mengisytiharkan Darurat Bencana jika musibah teruk melanda,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ujar beliau, lagipun yang berkempen bukannya BOMBA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kakitangan hospital sebaliknya jentera parti.

“Kerajaan masih berfungsi seperti biasa walaupun telah dibubarkan,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan