Thursday, July 23, 2026

PM nak pilihan raya diadakan – Radzi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SEBENARNYA jika Perdana Menteri memang tak nak buat pilihan raya, pendirian kami mengukuhkan kehendak beliau kalau tak nak buat pilihan raya, tapi dibuat juga pilihan raya,” kata Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) termasuk diri beliau mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan pendirian untuk tidak diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada tahun ini.

Radzi yang juga Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini berkata, gabungan menteri PN berpendapat kebajikan rakyat adalah tumpuan utama yang perlu diberi perhatian pada masa ini.

Kata beliau, apa yang dinyatakan berkaitan warkah tersebut adalah pernyataan pendirian oleh ahli jemaah menteri daripada PN.

“Pendirian kami berkaitan pilihan raya sejak awal, dibincang lagi memang kita tidak mahu diadakan PRU-15 sekarang.

“Sekiranya Perdana Menteri memang tak nak buat pilihan raya, pendirian kami mengukuhkan kehendak Perdana Menteri, tetapi dibuat juga pilihan raya. Dalam konteks ini Perdana Menteri nak pilihan raya diadakan.

“Kita tahun musim monsun setiap tahun berlaku dan tumpuan kita adalah berusaha bantu rakyat dalam hadapi ketidaktentuan ekonomi.

“Pendirian kita selari apa yang dihasratkan oleh rakyat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan