24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pas pilih perkuat Perikatan Nasional

Keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PAS memilih memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.
 
Menurutnya, keputusan tersebut antara yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini.
 
“Mesyuarat ini juga memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN.
 
“Senarai calon daripada Negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan PAS
mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Advertisements

Perkembangan ini bermakna PAS menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjalinkan kerjasama pada PRU15.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi memberi kata dua kepada PAS untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU dan PN jika ingin menjalinkan kerjasama dengan UMNO pada PRU15.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan