27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Murid Tahun Lima maut ditimpa palang gol

Siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lok Yuk, Manggatal.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG murid tahun lima maut akibat ditimpa tiang gol ketika sedang melakukan aktiviti sukan di sebuah sekolah di Pekan Manggatal, Sabah, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Likas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lok Yuk, Manggatal.

“Mangsa dipercayai ditimpa besi palang tiang gol ketika berlangsungnya aktiviti sukan tahunan sekolah di padang.

“Kejadian itu disedari oleh bapa mangsa dan juga guru sekolah dan kemudiannya menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan segera.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Zaidi berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu, kejadian yang meragut nyawa kanak-kanak itu tular di media sosial sejak petang semalam.

Rakaman video berdurasi 14 saat itu memaparkan mangsa diangkat menggunakan pengusung oleh pasukan perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian.

Besi palang tiang gol berkenaan dipercayai patah sebelum menghempap mangsa.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan