29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

2,500 kakitangan TNB siap-siaga hadapi banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TENAGA Nasional Berhad (TNB) menyenaraikan lebih 2,500 kakitangan daripada Bahagian Rangkaian Pembahagian untuk menganggotai Pasukan Kecemasan Keselamatan sebagai persiapan menghadapi bencana banjir.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, kakitangan terbabit akan bertugas 24 jam bagi memastikan pengurusan bekalan tenaga elektrik teratur dan meminimumkan kerosakan pepasangan elektrik demi keselamatan orang ramai.

Beliau berkata, bantuan logistik di negeri sering dilanda banjir sudah disiapkan termasuk 296 set janakuasa bergerak; 227 set janakuasa kecil mudah alih 5kW/2.5kW; 279 buah lori; 885 kenderaan pacuan empat roda; 38 buah bot dan 108 lampu limpah.

Selain itu, Wan Nazmy berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) juga akan diperiksa bagi memastikan bekalan elektrik berada dalam keadaan baik.

“TNB bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah serta akan membuka bilik gerakan di negeri-negeri yang dilanda banjir untuk memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai bekalan elektrik,” katanya.

Baca juga:   Jumlah mangsa banjir di 5 negeri semakin menurun

Pengguna yang terputus bekalan elektrik ketika banjir dinasihatkan agar segera menghubungi TNB di talian 15454 atau Facebook TNB Careline untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Misi banjir: PDRM terima bot daripada 7-Eleven Malaysia

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima sumbangan 30 buah "inflatable boat" daripada Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. untuk kegunaan misi...

Lagi Artikel Berkaitan