30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Agong berkenan rasmi Kompleks Maahad Tahfiz Turath Pahang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Kompleks Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP), Kuantan hari ini.

Seri Paduka diiringi anakanda Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan negeri, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang (YP) Datuk Mahmud Mohd Nawawi serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) Datuk Suhaimi Mohd Yunus.

Kompleks MTTNP yang terletak di perkampungan Balok Baru di sini, mula beroperasi pada 2020 dan kini mempunyai 102 pelajar tingkatan satu hingga tiga.

Advertisements

Bangunan MTTNP yang dahulunya sebuah pusat peranginan telah diambil alih oleh PKPP pada 2015, sebelum dibangunkan secara kolaborasi pintar bersama YP.

Menurut YP dalam kenyataan hari ini, MTTNP yang mempunyai visi untuk melahirkan ulama yang menguasai ilmu Turath memfokuskan pengajian kitab kuning atau kitab klasik yang ditulis oleh ulama seperti Imam Syafi’e, Imam Nawawi dan Imam Al-Ghazali meliputi pengajian Kitab Feqah, Aqidah, Tasauf dan Bahasa Arab.

Kaedah pembelajaran di maahad tahfiz itu diberi nafas baharu menggunakan pendekatan moden namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dalam sanad keilmuan, tarbiah dan adab dalam sistem pengajiannya.

Selain pengajian kitab Turath, pelajar juga disasarkan menghafaz 30 juzuk al-Quran serta cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) melalui subjek akademik seperti sains, matematik, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan