36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Muhyiddin umum Radzi Jidin calon PN di Putrajaya

Mesti Baca

NAIB Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Bersatu, pada program Jelajah Prihatin PN Parlimen Putrajaya, malam tadi.

Radzi pada PRU-14 lalu bertanding di kerusi Parlimen Ketereh namun kalah kepada Tan Sri Annuar Musa.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Senator pada 17 Julai 2018 seterusnya menjadi sebagai Menteri Kanan Pendidikan di bawah kerajaan Muhyiddin.

Sebelum ini, Muhyiddin turut mengumumkan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Naib Ketua Srikandi Bersatu itu pada PRU-14 lalu menang di Masjid Tanah atas tiket Barisan Nasional (BN) sebelum meninggalkan parti tersebut dan menyertai Bersatu.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lalu, Mas Ermieyati bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara namun tewas tipis kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan