32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Malaysia sumbang RM900,000 untuk mangsa banjir Pakistan

Wisma Putra menegaskan bahawa Malaysia menyatakan solidaritinya dengan kerajaan dan rakyat Pakistan berikutan bencana alam dahsyat tidak diduga tersebut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menyumbang sebanyak AS$200,000 (kira-kira RM947,000) sebagai bantuan ihsan kepada mangsa bencana banjir di Pakistan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, sumbangan berkenaan disalurkan terus kepada Tabung Bantuan Banjir Perdana Menteri Pakistan 2022 menerusi Affin Bank di ibu negara.

“Akaun tempatan tersebut telah dibuka pihak Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Kuala Lumpur bagi menerima sumbangan daripada masyarakat negara ini,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Wisma Putra menegaskan bahawa Malaysia menyatakan solidaritinya dengan kerajaan dan rakyat Pakistan berikutan bencana alam dahsyat tidak diduga tersebut.

“Malaysia turut menzahirkan perasaan simpati atas penderitaan, kehilangan nyawa, kemusnahan prasarana awam dan harta benda serta kehilangan teruk sosioekonomi,” katanya.

“Warga Malaysia bahkan kekal bersama rakyat Pakistan dalam masa sukar ini dan berharap sumbangan tersebut dapat membantu demi meringankan penderitaan mangsa banjir itu

Untuk rekod, Pakistan dilanda banjir terburuk dalam sejarah negara itu apabila hujan turun luar biasa sejak 14 Jun lalu iaitu kadar hampir tiga kali ganda berbanding rekod purata 30 tahun lepas.

Malapetaka akibat kesan perubahan iklim sejagat itu mengakibatkan Pakistan kerugian mencecah RM45 bilion dengan 116 daerah daripada keseluruhan 160 daerahnya tenggelam.

Agensi pengurusan bencana nasional merekodkan sejumlah 1.5 juta kediaman penduduk musnah dan hampir 740,000 ternakan mati apabila satu pertiga negara itu dilanda banjir.

Malah lebih 1,500 penduduk maut akibat banjir lemas manakala hampir 13,000 orang cedera selain 630,000 orang terpaksa ditempatkan di ribuan pusat pemindahan sementara.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan