28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis bantuan maut, nahas bertembung bas

Mangsa tersepit dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG polis bantuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kereta di kilometer 33 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan, pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 1 pagi itu, Mohammad Hafizul Shazali, 20, yang bertugas di Felda Aring 6, cedera pada kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, sebelum kejadian, mangsa sedang memotong beberapa kenderaan di hadapan secara berbahaya dan melanggar bas yang datang dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Gua Musang menuju ke Felda Chiku 2 untuk pulang ke rumah.

“Setiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa sedang memotong beberapa kenderaan kemudian bertembung dengan bas dari arah bertentangan.

Advertisements

“Akibat pelanggaran itu, kenderaan mangsa terbabas ke kiri jalan, arah Gua Musang-Kuala Krai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Choon Foo berkata, mangsa tersepit dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan