30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Malaysia mengundi 19 November, penamaan calon 5 November

Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala hari mengundi awal pula pada 15 November.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TARIKH mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akhirnya terjawab selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian iaitu kurang 30 hari lagi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR pada pukul 10 pagi bagi menentukan tarikh penting PRU15.

Menurutnya, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala hari mengundi awal pula pada 15 November.

“Tarikh itu juga melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah.

Untuk rekod, SPR membuat pengumuman penting itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRU15.

PRU15 melibatkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan sebahagian sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan empat negeri sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini selain ada negeri tidak membubarkan DUN.

Negeri yang melaksanakan PRN sebelum ini antaranya Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Pada masa sama, Pas juga kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN melibatkan Terengganu, Kelantan, dan Kedah.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan