24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KPT beri pelepasan pelajar IPT pulang mengundi

Semua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh berkenaan hendaklah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) bersetuju supaya semua institusi pendidikan tinggi (IPT) memberi pelepasan selama lima hari kepada semua pelajarnya untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Husaini Omar berkata, pelepasan itu diberikan kepada pelajar bermula 17 hingga 21 November ini.

“Berlandaskan kepada semangat serta penguatkuasaan Undi18, KPT bersetuju supaya semua IPT memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.

“Tarikh pelepasan adalah dari 17 hingga 21 November 2022 bagi memberi tempoh yang cukup kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke atau dari lokasi mengundi.

Advertisements

“Semua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh berkenaan hendaklah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain,” katanya dalam satu surat edaran semalam.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Berkuat kuasa 15 Disember lalu, Undi18 sudah diwartakan dan individu yang berusia 18 tahun akan didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.

Berdasarkan data, seramai 1.14 juta orang yang tergolong pengundi berusia 18 hingga 21 tahun akan mengundi pada PRU15. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan