24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

“Tak perlu ada 3 PM, 3 MB dalam satu penggal” – Ahmad Maslan

Keadaan itu turut akan menyebabkan kesukaran untuk negara menarik pelaburan selain berhadapan dengan kesan kepada pekerjaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEHIDUPAN rakyat akan menjadi sukar sekiranya pemerintahan negara dan negeri asyik bertukar dalam tempoh yang singkat.

Pandangan itu dinyatakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan ringkas beliau di Twitter hari ini.

Katanya, keadaan itu turut akan menyebabkan kesukaran untuk negara menarik pelaburan selain berhadapan dengan kesan kepada pekerjaan.

“Kita tidak perlu ada tiga PM (Perdana Menteri) dalam masa satu penggal atau tiga MB (Menteri Besar) dalam masa satu penggal.

“Sukar negara dan negeri jika itu berlaku. Sukar kehidupan #rakyat dan sukar untuk terima pelaburan & pekerjaan.

“Oleh itu stabil dan makmur adalah cita-cita mulia demi rakyat serta negara tercinta,”katanya.

Advertisements

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, pentadbiran kerajaan Persekutuan bertukar tiga kali dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri terakhir sebelum pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Ia bermula dengan kekalahan mengejut Barisan Nasional (BN) pada PRU14 selepas memerintah selama enam dekad yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) buat pertama kali menerajui tampuk pemerintahan kerajaan Pusat dan beberapa negeri.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Pengerusi BERSATU, parti komponen PH dilantik sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua pada usia 92 tahun.

Kemudian, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh pula menerajui kerajaan baharu Persekutuan, dan dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac 2020.

Bagaimanapun, susulan pelbagai desakan, beliau memutuskan meletak jawatan pada 16 Ogos 2021 selepas memerintah selama 17 bulan, sebelum Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, sebelum membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan