24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Empat lelaki ditangkap palsukan surat Pejabat Sultan Kelantan

Kejadian disedari pegawai istana selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp mengandungi sekeping surat yang ditandatanganinya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT lelaki ditahan selepas dipercayai memalsukan surat Pejabat Sultan Kelantan mengandungi titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kononnya menyokong kerjasama tiga buah syarikat untuk melaksanakan projek di sebuah daerah di negeri ini pada bulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, empat suspek berusia 45 hingga 70 tahun itu ditangkap selepas pihaknya menerima laporan daripada pegawai istana pada 28 September lalu.

Menurutnya, kejadian disedari pegawai istana selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp mengandungi sekeping surat yang ditandatanganinya bertarikh 15 September lalu.

“Surat berkenaan menyerupai surat yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Kelantan. Ia mengandungi titah kononnya Sultan Kelantan telah memperkenan dan menyokong penuh kerjasama antara tiga syarikat untuk melaksanakan satu projek di sebuah daerah di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pegawai istana terbabit tidak pernah mengeluarkan dokumen tersebut dan mengesyaki ada individu memalsukan surat berkenaan.

Advertisements

Menurutnya, pegawai istana terbabit telah membuat laporan berhubung kejadian tersebut pada Isnin lalu.

“Bertindak atas maklumat, empat suspek ditahan bagi membantu siasatan.

“Keempat-empat suspek ditahan reman selama lima hari bermula Selasa lalu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dengan melakukan penyamaran.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan