31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

5 permintaan guru mendapat perhatian PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LIMA permintaan berkaitan isu dalam sektor pendidikan yang dibawa KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) pada 1 Oktober lalu, akhirnya mendapat perhatian dan reaksi positif daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dipertimbangkan.

Perkongsian berita baik itu dikongsikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Antara lima permintaan terbabit adalah pengurangan kerja-kerja tidak relevan yang mewujudkan beban tugas guru dan perlantikan warden sepenuh masa di asrama sekolah.

Selain itu, meningkatkan bayaran pengawas peperiksaan awam dan kadar bayaran pemeriksa kertas peperiksaan tersebut; disegerakan pembayaran ganti cuti rehat (GCR) kepada guru-guru yang layak dan telah membuat permohonan; dan dipercepatkan pelaksanaan model sekolah.

Asyraf Wajdi Dusuki yang turut bersama dalam pertemuan tersebut berkata, berdasarkan permintaan tersebut, Alhamdulillah Perdana Menteri telah bersetuju dengan semua cadangan di atas.

Baca juga:   MoU pastikan kestabilan politik lebih kukuh - Zahid

“InsyaAllah Pemuda UMNO-Barisan Nasional (BN) akan ‘follow-up’ dan ‘follow-through’ segala yang dipersetujui ini sebagaimana lazim yang kami lakukan sebelum ini,”katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengimbas kembali, kata beliau, sejak tahun lalu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjalinkan hubungan akrab dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP).

“Banyak isu-isu yang kami bantu membawa suara guru-guru ke pengetahuan PM. Ini termasuklah kebenaran untuk guru-guru gred 54 ke atas terus menjadi ahli NUTP,”katanya.

Baca juga:   Agong, Permaisuri ke London sempena Istiadat Pertabalan Raja Charles III

Dalam masa sama, Asyraf Wajdi turut mempelawa apa sahaja cadangan penting yang boleh BN masukkan sebagai antara agenda pendidikan jika diberikan amanah menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – Edisi 9

Wartawan

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan