34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

12 peratus anak muda suarakan tentang isu politik

Anak-anak muda mempunyai idealisme yang sangat penting kerana mereka didedahkan idea-idea yang lebih progresif.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 12 peratus anak muda telah menyuarakan tentang isu politik dengan menyentuh aspek kestabilan, prestasi kerajaan serta kualiti dan kematangan pemimpin.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sesungguhnya, Kerajaan memerlukan sokongan padu golongan belia dan anak muda untuk membangunkan Malaysia.

Menurutnya, dalam usaha memperkukuhkan semangat Keluarga Malaysia, Kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap belia dan anak muda dengan memastikan luahan suara mereka sentiasa didengari dan diberikan perhatian.

“Ini kerana anak-anak muda mempunyai idealisme yang sangat penting kerana mereka didedahkan idea-idea yang lebih progresif yang diperolehi melalui input internet sama ada dari dalam mahupun luar negara.

“Saya percaya, inisiatif platform digital seperti IBN ini telah membuka ruang kepada seluruh anak muda untuk menyalurkan idea dan menyuarakan permasalahan kepada kerajaan,” katanya.

Para pelajar UiTM tidak melepaskan peluang merakam wajah pemimpin negara itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Idea Bina Negara 2022 di Universiti Teknologi MARA Shah Alam hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau difahamkan, aplikasi IBN yang dibangunkan ini telah menerima lebih daripada 12,000 idea anak-anak muda seluruh negara.

“Saya amat berbesar hati kerana penyumbang idea terbesar sebanyak 57.9 peratus adalah dalam kalangan belia berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun.

“Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi ini, akan membantu Kerajaan untuk menyediakan inisiatif dan insentif yang bersesuaian untuk golongan anak-anak muda,” katanya.

Ujar beliau, suara anak muda Malaysia – kami dengar, kami cakna dan kami santuni.

“Melalui analisis teks menggunakan teknologi
kepintaran buatan (atau Artificial Intelligence) menunjukkan idea-idea yang diajukan melalui aplikasi IBN ini bersifat positif dan membina. – Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan