25 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Yakin capai sasaran 100,000 tandatangan penyokong Najib

Sebagai tanda solidariti, UMNO Pekan juga telah mengedar borang petisyen sokongan untuk Datuk Seri Najib kepada seluruh ahli di Parlimen Pekan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SOKONGAN ahli UMNO dan penduduk Pekan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berbelah bahagi walaupun pemimpin itu kini berada di penjara.

Anaknya, Datuk Mohd Nizar Najib berkata, sokongan itu digambarkan melalui kehadiran penyokong yang begitu ramai ke Program Solidariti Datuk Seri Najib di Dataran Pekan, Pahang, hari ini.

Menurutnya, program itu mendapat sambutan sekali gus membuktikan penduduk Pekan sentiasa bersama dan setia dengan Najib.

“Sebagai seorang pemimpin dan ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama 46 tahun di Pekan, beliau sentiasa dirindui dan jasanya kepada rakyat terus dikenang.

“Sebagai tanda solidariti, UMNO Pekan juga telah mengedar borang petisyen sokongan untuk Datuk Seri Najib kepada seluruh ahli di Parlimen Pekan.

Baca juga:   Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib, Rosmah

“Setakat ini belum ada angka sasaran tandatangan sokongan dari Pekan namun yakin sasaran 100,000 tandatangan penyokong dari seluruh negara mampu dicapai berdasarkan kepada gelombang sokongan terhadap pemimpin itu ketika ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika di temui selepas program itu di Pekan, Pahang, hari ini.

Program turut dihadiri Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil antara penceramah yang hadir berucap selain bekas ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Baca juga:   Petisyen pengampunan diraja Najib cecah 30,000 tandatangan

Mohd Nizar berkata, agenda ayahnya membantu rakyat Pekan akan diteruskan sebaik mungkin.

“Walaupun masih dalam keadaan berduka, agenda beliau sejak sekian lama di kawasan ini tidak boleh terhenti dan perlu diteruskan.

“Beliau (Najib) ada menyampaikan rasa rindunya kepada rakyat terutama pengundinya di Pekan ini.

“Selama ini pun beliau sentiasa turun padang berinteraksi sambil mengambil tahu permasalahan rakyat di sini.

“Dalam keadaan beliau sekarang, sudah pasti suasana seperti inilah yang dirinduinya,” katanya.

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan