Friday, July 24, 2026

Najib jalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur – Pegawai Khas

Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke HKL pada tengah hari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan, hari ini.

Pegawai Khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke HKL pada tengah hari dan sedang menerima rawatan namun beliau tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai rawatannya itu.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak penjara dan HKL di atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan.

“Setakat ini keadaan beliau stabil,” katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib.

Beliau didapati bersalah atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan