30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober ini – KPM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober hingga 3 November ini.

KPM menerusi kenyataan memaklumkan, program itu bertujuan mendidik murid-murid nilai-nilai manusiawi yang merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan.

“Ini termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial,” katanya.

Tambahnya, program tersebut sebagai menyahut pendirian kerajaan untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

“Sokongan ini adalah satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat,”kata KPM.

Advertisements

Menurut kenyataan itu lagi, pelaksanaan program tersebut melibatkan semua institusi pendidikan bawah KPM iaitu sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara.

“Pelbagai sepanjang program berlangsung yang akan disesuaikan berdasarkan kepada garis panduan sedia ada, sekolah dan kumpulan murid terlibat.

“Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam Pendidikan Sivik di sekolah.

“Selain itu, menerusi penganjuran program ini murid-murid turut diberi pendedahan kepada Elemen Merentas Kurikulum (EMK) khususnya yang berkaitan dengan kelestarian global.

“Aktiviti kerohanian seperti solat hajat dan bermunajat hanya akan melibatkan murid-murid beragama Islam sahaja,”kata KPM. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan