25.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023

Rugi kalau Khairy tak bertanding – Reezal Merican

Khairy merupakan personaliti yang boleh memberi keseimbangan untuk menarik pengundi dalam kalangan belia.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menganggap parti itu amat rugi sekiranya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, ini kerana Khairy mempunyai aura tersendiri untuk mengekalkan momentum kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, ini ditambah pula dengan perubahan demografi pengundi pasca-Undi 18 yang dilihat cukup dinamik.

“KJ (Khairy) juga dilihat sebagai personaliti yang boleh memberi keseimbangan untuk menarik pengundi khususnya kumpulan belia 18 tahun dan pengundi kali pertama.

“Seperti manusia lain juga, KJ tidak sempurna tetapi saya yakin keupayaan dan kebolehan KJ sebagai seorang pemimpin akan terus menjadi aset politik yang cukup penting untuk kemenangan parti dalam PRU-15 akan datang,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini.

Baca juga:   Hospital Cyberjaya tidak akan diswastakan

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas mengulas kenyataan Khairy yang membayangkan kemungkinan beliau tidak dapat bertanding dalam PRU-15 sekiranya berlaku ‘senario paling buruk’ di mana beliau tidak mempunyai “kawasan” untuk ditandingi.

Ini kerana Menteri Kesihatan itu terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Rembau dalam PRU akan datang susulan keputusan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berhasrat bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

Malahan beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau telah diberikan arahan agar memberi laluan kepada Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan merangkap Ketua Bahagian UMNO Rembau.

Baca juga:   Tiada kematian di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya

Sementara itu, Reezal Merican berkata, beliau mengenali Khairy secara peribadi sejak sama-sama bergiat aktif dalam pergerakan Pemuda UMNO sebelum ini.

“Kita semua dapat lihat beliau mempunyai kebolehan tersendiri untuk deliver serta melunaskan tanggungjawab dengan baik.

“Ya, adakala beliau agak lantang memberikan sudut pandang atau perspektif yang agak berbeza. Namun ia tidak bermakna pandangan beliau betul semuanya atau salah semuanya,” katanya.

Reezal Merican berkata, beliau juga melihat Khairy sebagai seorang rakan menteri yang sering memberi hujah-hujah bernas di dalam Mesyuarat Kabinet.

Katanya, kepimpinan beliau juga diiktiraf di peringkat antarabangsa sehingga membolehkan beliau dipilih sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 pada Mei lalu. – Edisi 9

Baca juga:   Pertarungan paling sengit dalam karier politik - KJ

Wartawan

Terkini

‘Tak patah semangat, bukan pengakhiran karier politik’

AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang digantung keahlian dalam UMNO menegaskan keputusan itu bukan pengakhiran kepada karier politiknya. Sebaliknya bekas...

Lagi Artikel Berkaitan