25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

7,720 calon duduki SPM Ulangan 2022 – KPM

SPMU 2022 akan dilaksanakan pada 12, 13 dan 14 September di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 7,720 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2022 di 209 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut, seramai 1,317 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu.

“Selain itu, seramai 1,441 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis,” kata lembaga itu menerusi kenyataan hari ini.

SPMU 2022 akan dilaksanakan pada 12, 13 dan 14 September 2022.

Kenyataan itu berkata, semua calon terlibat diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Jadual waktu peperiksaan SPMU tahun 2022 dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU tahun 2022,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan