31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

PM bangga bahasa Melayu bergema di bumi Australia

Lim dilantik sebagai ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Tangney di Perth pada pilihan raya umum Australia, baru-baru ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah dan selamat berkhidmat kepada anak jati Muar, Johor, Sam Lim yang dilantik sebagai Ahli Parlimen Tagney, di Dewan Perwakilan Australia.

Perdana menteri turut meluahkan rasa bangga apabila Lim turut bertutur dalam bahasa Melayu dalam ucapan sulungnya pada sidang Dewan Perwakilan Australia, hari ini.

“Bahasa Melayu bergema di bumi Australia! Saya bangga melihat Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia [email protected] ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia.

“Tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth dan selamat berkhidmat!” katanya dalam Facebook, hari ini.

Lim, 61, dari Australian Labor Party (ALP) dilantik sebagai ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Tangney di Perth pada pilihan raya umum Australia, baru-baru ini.

Baca juga:   Sidang Khas Parlimen sepatutnya cari penyelesaian isu Covid-19

Dalam ucapannya, Lim menyampaikan ucapan pertamanya sebagai ahli Parlimen Tagney di Dewan Perwakilan Australia sempat menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam bahasa Melayu.

Lim berucap kira-kira 20 minit juga menekankan kepentingan mempromosi keamanan bukan sahaja kepada Australia namun juga membabitkan negara jiran.

Beliau sebelum ini menewaskan calon Liberal, Ben Morton dengan margin 9.5 peratus, dalam pilihan raya umum persekutuan, Mei lalu.

“Kepada semua saudara yang berada di Malaysia, Australia dan seluruh pelusuk dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang anda berikan kepada saya.

“Terima kasih atas semua dokongan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia, terima kasih semua,” katanya yang menyampaikan ungkapan itu dalam bahasa Melayu dan Cina.

Baca juga:   Tun M ucap terima kasih, larangan guna telefon bimbit

Lim yang lahir pada 1961, pernah berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia selama dua tahun, pada 1983, sebelum bertugas sebagai pelatih ikan lumba-lumba serta mengusahakan beberapa perniagaan di Malaysia dan Australia.

Beliau bersama isteri dan tiga anaknya kemudian berhijrah ke Australia dan menyertai Western Australia Police Academy pada 2006 seterusnya bertugas di Perth, malah pada 2020 beliau dianugerahkan ‘Police Officer of the Year’ atas khidmatnya dalam masyarakat pelbagai budaya ketika penularan pandemik Covid-19.

-EDISI9

Baca juga:   Tarif elektrik semua pengguna separuh tahun kedua 2022 kekal

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan